Kawan Kawan

Tuesday, February 14, 2012

Sengarang Makan Kerang

Kerang Goreng


Menikmati pemandangan


Sebelum ni N.N ada posting pasal makan kerang di Pantai Sungai Lurus, hari ni N.N pergi lagi bersma bawak housemate yang xpernah pergi dan tahu padahal nak masuk 5 tahun duduk batu pahat.


N.N & Faez


Faez & Harwin


N.N & Harwin


Disebabkan, tempat makan di di pinggir pantai so lepas jerk makan terus bergambar...

Sunday, February 12, 2012

Happy Birthday To Me

Alhamdulilah sudah memasuki usia 27 tahun N.N pada hari ini, diharap N.N sentiasa sihat untuk hari mendatang dan juga di harap berjaya menghabiskan Research for my Master dengan sempurna pada tahun ini juga... Buat kengkawan yang wish N.N juga mengucapkan beribu banyak terima kasih, buat Ayu, Mira & Faizah Tahnks for cake, & Thnks sebab masak untuk N.N semalam....





Kek Tajaan






Faizah , mira & ayu






p/s- tengah hilang suara dan tengah demam...A

Thursday, February 9, 2012

Protect the Boss


  • Tajuk: 보스를 지켜라 / Boseureul Jikyeora
  • Sebelum Ini: 보스가 달라졌어요 The Boss Has Changed / 마지막 여비서 The Last Secretary
  • Genre: Romance, comedy
  • Episodes: 18

Drama mengisahkan No Eun Seol yang telah mendapat tugas sebagai professional setiusaha di sebuah syarikat yang besar setelah lama menjadi penganggur. Selepas itu jatuh cinta kepada bosnya Cha Ji Heon, anak bongsu yang tidak matang bagi satu keluarga usahawan.


Bagi N.N drama ni sangat-sangat kelakar, dari mula lagi N.N x henti gelak melihat telatah pelakon utama drama ni... pada mulanya N.N ingatkan drama ni pasal bodyguard tapi rupanya bukan



Pelakon


Ji Sung sebagai Cha Ji Heon

Serius N.N x sangka Ji Sung ni sudah berumur 35 tahun ni... adeh nampak muda... lakonan yang sangat best, kelakar, tapi N.N x suka rambut dia dalam drama ni.
Nama sebenar dia Gwak Tae Gun, tarikh lahir 27 Feb 1977







Choi Kang Hee sebagai No Eun Seol

Merupakan seorang DJ radio di Korea, kadang-kadang nampak cantik dan kadang-kadang rase muka dia ni mirip pelakon Moon Geun Young. Suara dia adeh, besau kot... tapi nampak muda walaupun hakikat dah berumur 35 tahun ni...

sangat suka watak No Eun Seol, lahir pada 5 /5/1977..








Hero Jaejoong sebagai Cha Moo Won
Cha Moo Won merupakan sepupu kepada Cha Ji Yeon, seorang yang amat dedikasi pada kerja yang dilakukan...

Merupakan bekas anggota kumpulan TVXQ dan kini anggota kumpulan JYJ.. Lahir pada 26 JAn 1986.



Wang Ji Hye sebagai Seo Na Yoon
Saya sangat sukakan wanita ini, mempunyai mata yang besar serta susuk wajah yang cantik, sebelum ni N.N melihat lakonan dia dalam drama Personal Taste sebagai watak jahat, tapi untuk drama ni, anda akan jatuh cinta terus pada lakonannya... watak sebagai Seo Na Yoon yang merupakan seorang gadis yang manja dan tidak matang... Sampai akhir drama watak dia ni mmng kelakar..

Selepas ini boleh lihat lakonan dia sebagai watak utama plak dalam drama Bachelor's Vegetable Store... Lahir pada 25 Dec 1985 (sebaya N.N) mula berlakon menggunakan nama Min Ji Hye sebelum menukarnya pada Wang Ji Hye sejak tahun 2009.


Pelakon Tambahan


Penghargaan

2011 SBS Drama Awards:

Wednesday, February 8, 2012

Scent of a Woman



Drama yang mengisahkan mengenai Lee Yeon Jae yang telah diagnosis sebagai pesakit kanser yang mampu hidup hanya kurang dari 6 bulan.. Dia nekad berhenti kerja dan seterusnya memenuhi impiannya sebelum dia mati...

Drama ni mirip salah sebuah filem lakonan Queen Latifah..

Bagi N.N filem ni penuh dengan adengan sedih, jadi untuk menontonnya sila sediakan tisu k... lagi satu kalo korang perasan no I/C Korean lebih kurang sama dengan no I/C kiter...



PELAKON


Kim Sun Ah sebagai Lee Yeon Jae

Drama kedua lakonan Kim Sun Ah yang N.N tonton, nampak kelaianan dari segi wajah kerana drama My Name Is Sam Son badan makcik ni berisi sikit...


Lee Dong Wook sebagai Kang Ji Wook

Drama pertama lakonan Lee Dong Wook setelah keluar dari latihan tentera.. Dalam drama ni watak Lee Dong Wook x sama dengan kebanyakan hero korea lain, sebab watak dia ni Cool jerk dari mula..


Seo Hyo Rim sebagai Im Se Kyung

Pertama kali melihat lakonan dia ni, serius kadang2 rasa dia ni comey kadang2 rasa biasa jerk... Im Se Kyung ni watak dia suka sangat menampar orang... rasa nak cekik jerk dia ni...



Uhm Ki Joon sebagai Chae Eun Suk

Eh xde pelakon lain ker....




Pelakon Pembantu


Penghargaan

2011 SBS Drama Awards:

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul


N.N ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1433H / 2012 M kepada semua umat Islam di seluruh pelosok dunia terutama ahli keluarga serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Marilah sama-sama kita menghayati dan junjung kecintaan kepada junjungan agung Nabi Muhammad SAW dengan menjadikan Baginda SAW sebagai ikon dan ikutan terbaik dalam hidup kita.

Baginda diutuskan oleh Allah SWT sebagai rahmat bagi membawa umatnya ke arah jalan yang benar, mulia dan jalan yang diberkati oleh Allah SWT.

Semoga limpah dan rahmat berkekalan kepada Baginda SAW dan keluarga serta para sahabat, kerana dengan perjuangan Baginda SAW dan para sahabatlah kita dapat mengecapi kehidupan Islam pada hari ini yang menjamin kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

Monday, January 30, 2012

Novel Setia Menanti

Fauziah Ashari


Cover Baru




Cover Lama

Sebuah naskah hebat daripada penulis Novel Ombak Rindu Fauziah Ashari, sebenarnya novel ini merupakan naskah ketiga darinya selepas Ombak Rindu dan Pergilah sepi...


Sebenarnya N.N terbaca novel ni buat kali kedua.. Sebelum ni N.N dah pernah baca... Novel yang mengisahkan cinta tiga segi di antara Adrina, Ajmal dan Fatihah... Dan yang berbeza novel ini dengan novel yang lain iaitu yang memperihalkan cinta antara adik beradik tiri di antara Ajmal dan Adrina..


Sinopsis


Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri.

Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Ajmal.

Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Ajmal. Malah, Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya.

Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi, antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.



Komen N.N:-
  1. X faham istilah cinta bagi Ajmal, cintakan Adrina pada masa yang sama masih keluar dan teringat2 pada Fatihah.. paling sakit hati masa adegan kat McD di mana Ajmal kantoi keluar dengan Fatihah.
  2. Cintakan Adrina tapi selamba meniduri Fatihah (berbeza dengan drama lain di mana hero akan setia kaw kaw pada heroin)..
  3. Hati mana x sakit kalo lelaki yang di cintai ada love bite dengan pompuan lain..
  4. 3 kali kena reject ngan ajmal, kalo aku dah cri lain dah...
  5. Ajmal memang pentingkan diri sendiri....
  6. Novel yang banyak membuatkan aku sentap huhu...

Sunday, January 29, 2012

AJL 26

Selesai sudah AJL 26, pada mulanya x nak tengok, sebab bosan akhirnya N.N tengok juga.. tapi rata-rata persembahan tidak menghampakan... Kalo kawan2 N.N ade target masing-masing, N.N plak x kesahpun sape menang.. yelah kalo dieorng menang pun bukan N.N dapat sikit duit tu... lain la kalo Ziana Zian ade bertanding, conform N.N target dia....


SENARAI PEMENANG

JUARA

Awan Nano

Penyanyi: Hafiz
Komposer: M.Nasir
Lirik: Budi Hekayat

Antara lagu kegemaran ramai orang.. persembahan yang memang simple giler.... xyah pakai baju cntik2 hanya pakai t'shirt dan seluar trak tanpa kasut... pengajaran di sini... vokal n lagu yang penting pakain tolak tepi...

p/s- geli tengok rambut hafiz



TEMPAT KEDUA

Beribu Sesalan

Penyanyi: Shila Amzah, Ning Baizura & Jac
Komposer: Kevin Chin
Lirik : Tinta

Antara lagu terbaik 2011, banyk dah anugerah depa dpt salah stunya anugerah planet muzik dulu... xde gimik persembahan... simple juga....



TEMPAT KETIGA
KARMA

Penyanyi : Faizal Tahir (yang 4 orang menyebuk kat belakang ni sape)
Komposer & Lirik : Audi Mok/ Faizal Tahir

Lirik lagu ni unik terutama halalkan makan dan minum, huhu.. suko benor FT ni tayang dada.. kot cantik xpela... SAYA X MINAT FT....



VOKAL TERBAIK
Hafiz - Awan Nano

Terbaik di kalangan terbaik.....



PERSEMBAHAN TERBAIK
Alyah - Kisah Hati


Lagu yang best.. tapi x rase pun dia ni layak menang kategori ni... xkan sebab ade Remy kot dia menang.. apepun ni pendapat N.N.. Juri lagi memahami kan? huhu

Friday, January 20, 2012

Novel Uda & Dara


Amik ko sekali Pink da! masa N.N beratur nak bayar untuk buku ni, kawan N.N cakap "Naz, Jambu giler!" sebenarnya masa tu N.N x tahu nak beli ape kat kedai buku tu... Lepas pilih Novel Hantaran Kasih Tuhan N.N nak cari plak novel lain... Yelah N.N kan tengah jiwa2 sekarang ni huhu...

N.N pilih Novel ni setelah penat pilih novel-2 kat kedai buku Freedom tu yang sumenya novel lama2... Akhirnya N.N pilih novel ni sebab penulis dia Aisya Sofea, yang bagi peminat novel mesti dah selalu sangat baca novel-novel tulisannya..

Korang perasan x, kalo cover novel dia ni.. nama dia ni mesti besar2 kan huhu


SINOPSIS


Sinopsis oleh : Aznanie (Klik nama ni untuk terus ke blognya)

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, mak cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Bertahun terpisah, akhirnya mereka bertemu semula. Pertemuan yang tidak disangka langsung oleh Siti Mariam. Dia marah pada pertemuan ini. Dia marah pada lelaki itu yang senang-senang menghina dirinya.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Dalam benci ada sayang. Ya, sesungguhnya dia masih menyayangi lelaki itu. Bertapa payahnya membuang sayangnya pada lelaki itu. Di saat Izzat Hilman melafaz cinta untuknya, hatinya berbunga riang namun untuk membalas dengan ungkapan serupa, Siti Mariam tak berani membalas dengan ungkapan yang sama. Dia masih keliru. Masih sangsi dengan perasaannya sendiri. Dia takut kecewa andai hati telah penuh cinta untuk Izzat Hilman. Berbelah bagi antara cinta dan sangsi.

Kehadiran Kak Yah bersama amanah arwah ibu mereka menambah lagi kekusutan yang ada. Dan kehadiran Khalidah bagai satu petanda yang dirinya bukan pilihan keluarga mereka. Siti Mariam tak nampak jalan untuk dia bahagia bersama Izzat Hilman. Lalu, dia menjauhkan diri. Melarikan diri dari semua ini. Juga dari Izzat Hilman.

Cadangan Abang Omar dan Kak Aida boleh diterima pakai. Berpisah apabila masing-masing sudah bersedia untuk berpisah. Berpisahlah dengan cara baik. Itu adalah cara yang paling bijak untuk menagani masalahnya sekarang. Siti Mariam nekad. Dia bersetuju kembali kepangkuan Izzat Hilman dengan syarat mereka akan berpisah apabila tiba masanya. Tujuh bulan. Itu masanya. Izzat Hilman setuju dalam keterpaksaan. Namun janjinya pada dirinya sendiri, dia akan memastikan yang Siti Mariam akan terlupa pada permainannya ini.

Hubungan mereka bertambah erat. Cinta bertambah mekar. Siti Mariam tak nampak cara untuknya berpisah dengan Izzat Hilman. Namun yang pasti perasaannya terhadap Izzat Hilman tak mampu dikawal lagi. Cintanya makin mendalam pada lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Siti Mariam di duga dengan dugaan yang tak tertanggung olehnya. Ayahnya muncul kembali setelah menghilangkan diri sekian lama. Muncul bersama hutang piutang yang tak terkira banyaknya. Dia diburu oleh ah long. Permasalahan itu semakin mengeratkan hubungan di antara Siti Mariam dan Izzat Hilman. Siti Mariam perlukan seorang penjaga untuk menjaga keselamatannya dari diburu oleh ah long.

Tindakan kejam lintah darat itu semakin menjadi-jadi. Siti Mariam dijadikan mangsa. Izzat Hilman semakin bimbangkan keselamatannya. Kerana terlalu ingin menjaga, Izzat Hilman melamar Siti Mariam. Ingin mengahwini Siti Mariam. Tetapi permintaan Izzat Hilman itu ditolak mentah-mentah oleh Siti Mariam. Dia tidak mahu mereka berkahwin di atas alasan ini. Tidak sama sekali.

Tanpa disangka Izzat Hilman melakukan sesuatu yang diluar dugaan Siti Mariam. Dia sanggup menjualkan tanah pusaka milik orang tuanya semata-mata untuk melunaskan hutang abah Siti Mariam. Dia tidak mahu keluarga Siti Mariam diganggu lagi. Terutama Siti Mariam. Dan dia mahukan Siti Mariam menjadi isterinya. Siti Mariam terkejut dengan perbuatan Izzat Hilman itu. Dia merasakan dirinya dibayar untuk menebus sebuah budi.

Sudah tersurat jodohnya bersama Izzat Hilman. Walau apa pun sebab nya, kini Siti Mariam sah menjadi isteri Izzat Hilman. Siti Mariam pasrah jika ini suratan takdir baginya. Dia mengharapkan agar kebahagian menjadi miliknya jua nanti.

Bahagia yang di sangka bakal mucul terhalang jua oleh kerenah Kak Yah. Ada-ada saja perbuatan dan kelakuan Siti Mariam yang jelik pada pandangan matanya. Belum termasuk kata-kata penghinaan dan sindiran yang sengaja ditujukan padanya. Di depan Izzat Hilman, sikap Kak Yah lain di belakangnya Kak Yah mengambil kesempatan membuli Siti Mariam. Tak cukup dengan itu, Kak Yah sengaja memanggil Khalidah supaya Khalidah sentiasa berasa di sisi Izzat Hilman. Segalanya di pendam oleh Siti Mariam. Dia tidak mahu ada perselisihan faham dan pertengkaran di antara suaminya dengan kakak iparnya. Biarlah dia yang menanggung semua sengara itu kerana dia sedar yang dia bukan menantu pilihan keluarga Izzat Hilman.

Kepulangan Kak Yah ke Labuan seakan kelegaan buat Siti Mariam namun perhubungannya bersama Izzat Hilman tetap begitu. Dingin dan sepi. Seolah-olah mereka seperti orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain. Perhubungan dingin mereka bagai dapat di hidu oleh keluarga Siti Mariam namun masing-masing tidak mahu campur tangan dalam urusan rumah tangga nya.

Namun siapa sangka dingin yang melanda mereka boleh berubah sekelip mata. Akhirnya Siti Mariam kembali dalam dakapan suaminya, Baru dia sedar selama ini Izzat Hilman tidak pernah membiarkan dirinya keseorangan. Siti Mariam baru merasa bahagianya menjadi seorang isteri yang disayangi oleh suaminya.

Kehadiran Kak Yah kembali merobek kebahagian mereka. Pembohongan Izzat Hilman di persoalkan Kak Yah. Siti Mariam lah punca segala kekalutan. Siti Mariam berasa di khianati oleh suaminya sendiri. Perbuatan Izzat Hilman semakin menyukarkan hubungan di antara Siti Mariam dan Kak Yah. Siti Mariam kembali membenci suaminya sedangkan apa yang dilakukan oleh Izzat Hilman adalah untuk kebaikan Siti Mariam juga.

Selepas berlakunya pertengkaran di antara Siti Mariam dan Izzat Hilman, masing-masing membawa haluan sendiri. Tanpa di duga Siti Mariam keguguran setelah jatuh tangga. Izzat Hilman menuduhnya sengaja menggugurkan kandungannya kerana marah dan benci padanya sedangkan Siti Mariam tidak mengetahui langsung yang dirinya sedang mengandung. Izzat Hilman tidak mengendahkan rayuan Siti Mariam. Sekali lagi Siti Mariam di biarkan sepi.

Keadaan anak Kak Yah semakin kritikal. Dia perlukan darah segera namun pihak hospital tiada stok darah seperti itu. Siti Mariam yang dibenarkan keluar hari itu, membuat keputusan untuk mendermakan darahnya tanpa pengetahuan sesiapa dan dia juga tidak berniat untuk memberitahu sesiapa akan hal itu.

Sesampainya dia dirumah, pertengkaran tercetus lagi. Antara suaminya, Izzat Hilman dengan Kak Yah. Kak Yah memujuk Izzat Hilman mengambil Khalidah sebagai isteri keduanya. Bagai halilintar menyambar sanubari Siti Mariam tatkala mendengar kata-kata Kak Yah. Di lihatnya suaminya tertunduk mendiamkan diri. Siti Mariam tahu yang Izzat Hilman telah termakan kata-kata Kak Yah. Siti Mariam nekad. Dia harus keluar dari rumah ini.

Izzat Hilman termanggu bila melihat Siti Mariam mengemaskan barang-barangnya. Dia menghalang Siti Mariam pergi dan buat pertama kalinya Siti Mariam melihat suaminya, Izzat Hilman menangis di sisinya. Ternyata cinta antara mereka masih ada. Walau marah macam mana sekali pun, cinta mereka tetap utuh. Siti Mariam yakin kini, cinta Izzat Hilman hanya untuknya. Dia mempercayai suaminya. Percaya sepenuh hati.

Akhirnya segala permasalahan terungkai jua. Kak Yah menyesal kerana terlalu mengikut kata hati. Dia sungguh tak sangka yang Siti Mariam sanggup menderma darah kepada anaknya tatkala Siti Mariam banyak kehilangan darah akibat dari keguguran. Izzat Hilman juga seakan tidak percaya pada kesungguhan Siti Mariam membantu anak saudaranya sedangkan dirinya di dalam kesakitan juga. Siti Mariam bersyukur kerana segalanya berakhir dengan kegembiraan dan lebih bermakna lagi semenjak Arif Hilman hadir dalam hidupnya. Dialah pelengkap rumahtangganya bersama Izzat Hilman. Bahagia di rasakan lebih manis berbanding dahulu. Tamat ...

Tajuk : Uda & Dara
Penulis : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21



Komen N.N:
  1. Jalan cerita yang menarik tapi kadang2 tu bosan plak dengan watak Mariam yang suka seakan tarik tali..
  2. Benci pada Izzat Hilman yang kadang2 x peka pada perasaan Mariam...
  3. Kak Yah ko memang hampeh la huhu

Hantaran Kasih Tuhan


Salam Semua....

"Sabar Ya Sayang, Orang sabar di sayangi Allah,
Apabila hilang sabar didekati syaitan"


Begitulah antara bait-bait yang sering diucapkan Nur Wardah, watak utama novel HANTARAN KASIH TUHAN tulisan NoorFadzillah Omar...

Sebuah Novel Islamik yang memaparkan semangat dan keutuhan insan yang bernama Nur Wardah dalam mencari rasa cinta suaminya, taat pada Ayahnya dalam mencari Keredhaan Allah s.w.t.

Sebuah Kisah sedih yang patut diberi perhatian....

SINOPSIS

Hidupnya cinta bukan kerana bahagianya kita. Itu perkara pertama yang Nur Wardah pelajari pada saat dia mengabdikan dirinya bagi membangunkan Yayasan Darul Wardah. Dia berasa cintanya kuat di situ bagi membantu mereka yang memerlukan.

Hidupnya cinta bukan kerana rupa. Itu pengajaran kedua yang Nur Wardah pelajari saat dia bernikah dengan Engku Ashraf. Hidupnya sengsara dan jauh daripada bahagia. Semuanya kerana zahir kakinya yang tidak sempurna kerana virus Polio sejak kecil dan Engku Ashraf mentafsirkannya dengan penuh kesalan.

Hidupnya cinta bukan kerana sempurnanya diri. Itu perkara terakhir yang Nur Wardah pelajari, pada saat suami terlantar di katil hospital. Tanpa jemu dia menjaganya dan dalam ketidaksempurnaan itu, tumbuh cinta Engku Ashraf kepada isterinya. Cinta yang lahir daripada ketidaksempurnaannya.

Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita. itu perkara yang tidak sempat Nur Wardahpelajari pada saat lahirnya Engku Nurain, kerana dia meninggalkannya untuk kita pelajari sendiri. Ia akan mempertemukan kita kepada erti cinta sejati dan makna perjalanan abadi.



Komen N.N:

  1. Antara Novel terbaik N.N bace
  2. Ayatnya sukar difahami huhu
  3. Kalo la Engku Ashraf tu ade kat dunia ni.. patut tembak jerk hihi
  4. Berbeza ngan novel lain, Nur Wardah yang akhirnya meninggal dunia..
  5. Sama seperti kebanyakan novel lain, KAHWIN PAKSA huhu

Tuesday, January 17, 2012

Novel M.A.I.D




Baru Semalam N.N habis baca Novel ni, N.N baca lebih kurang dalam 7 jam...

SINOPSIS

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?






Komen N.N:-

  • Jalan cerita Novel ni x kompleks dan x rumit, sesuai bagi sape yang x mau peningkan kepala, lagi satu xde scene sedih pun bagi N.N
  • Seronok dengan watak Noorul, yang gila2
  • Novel biasa yang x memeningkan kepala dengan nama hero dan heroin yang x masuk dek akal.. Hero Harris dan heroin Noorul.. Simple kan? xde la berbelit nak sebut..
  • Novel yang boleh dikatakan menghiburkan..
  • Hero di gambarkan seperti korea so N.N gambarkan seperti Daniel Oh




  • Heroin di gambarkan seperti Nur Fazura (Cantik tuh!)
  • Kalo kawan N.N bagi 3 bintang, N.N bagi 3 setengah.. huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...